engembalikan Khilafah

Mengembalikan Khilafah Wajib Ditempuh Dengan Berjemaah

 

Pada 3 Mac 1924, seorang penjenayah, bernama Mustafa Kamal Attaturk, setelah melakukan makar dan komplot jahat, mengisytiharkan bahawa Majlis Nasional Agung bersetuju atas pembubaran Khilafah, dan pada hari itu juga, dia memerintahkan pembuangan khalifah Abdul Majid bin Abdul Aziz, khalifah kaum muslimin yang terakhir ke Swiss, dengan membawa beg pakaian dan beberapa pound wang.

Maka, kewajiban pada masa itu semestinya kaum muslimin bergerak aktif untuk mengangkat satu lelaki, dengan usaha yang mempertaruhkan antara hidup dan mati untuk mengembalikan Khilafah, kerana ianya merupakan masalah utama bagi kaum muslimin. Namun, kerana lemahnya pemaharnan kaum muslimin tentang Islam, serta lemahnya ketakwaan kepada Allah dalam diri mereka, mereka mendiamkan diri mereka tunduk di bawah tekanan dan ancaman, yang diterajui oleh Mustafa Kamal dan negara-negara kafir Barat. Mereka hanya berdiam diri terhadap pembubaran Khilafah, serta pembahagian negeri-negeri kaum muslimin dan diterapkannya kanun kufur, buatan manusia, dalam kehidupan mereka, menggantikan hukttm syarak. Mereka juga telah mengabaikan sabda Rasuhillah saw.:

Sesiapa yang meninggal dunia, sedangkan. di atas pundaknya tidak terdapat baiat, maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyah.

Sekarang, agar kaum muslimin terhindar daripada dosa besar ini, yang disifatkan oleh Rasulullah saw. dengan maytatan jabiliyatan (mati dalani keadaan mati jahiliyah), serta menghilangkan kehinaan terhadap diri mereka, yang mereka temukan akibat runtuhnya negara khilafah, maka mereka wajib untuk menempuh metode yang ditentukan oleh syariat untuk mengembalikan kehidupan Islam, dengan cara mengembalikan negara Khilafah dan mengangkat seorang khalifah untuk mereka. Metode yang digali diri nas-nas syarak dan perjalanan hidup Rasulullah ini mewajibkan kaum muslimin untuk bergabung dengan jamaah yang berusaha untuk mengembalikan Khilafah, untuk memenuhi firman Allah SWT. (yang ertinya):

Dan hendaklah ada di antara kamu sekelompok orang (umat) yang menyeru kepada kebaikan, dan memerintahkan pada kemakrufan, mencegah kemungkaran, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (TMQ Ali Imran: 104).

Ini merupakan perintah dari Allah kepada kaum muslimin agar mewujudkan suatu jamaah atau parti yang menyeru kepada kebaikan, memerintahkan kepada kemakrufan dan rnencegah kemunkaran. Sekiranya mereka melakukan perintah tersebut, maka mereka termasuk orang-orang yang beruntung dengan mendapatkan redha Allah dan pahala-Nya. Perintah untuk membentuk sebuah jamaah pada ayat di atas adalah perintah wajib, kerana keberutungan tersebut merupakan natijah dari perbuatan yang mereka lakukan.Kewajiban ini ditujukan untuk membentuk jamaah dari kalangan kaum muslimin, yang melakukan dua aktiviti: Pertama, menyeru kepada kebaikan, iaitu Islam. Kedua, memerintahkan pada kemakrufan dan mencegah dari tindak kemungkaran. Kerana kedua-­dua kewajiban ini diperintahkan pada individu dan negara, disamping itu sekiranya seorang individu melakukan kedua-dua kewajiban ini tanpa berjamaah, khasnya ketika kaum muslimin tidak mempunyai negara, dan tidak wujud seorang khalifah kaum muslimin, maka individu tersebut tidak akan terbebas dari dosa meninggalkan kewajiban berjamaah dengan suatu jamaah. Dakwah kepada Islam dan menyeru pada kemakrufan serta mencegah keminkaran itu sendiri hukumnya fardhu, sedangkan berkelompok untuk melakukan keduanya dalam suatu jamaah atau parti hukumnya juga fardhu.

Adapun jamaah yang diperintahkan, sehinggalah disifatkan sebagai umah atau jamaah mestilah memenuhi dua syarat: Pertama, adanya ikatan yang mengikat ahli jamaahnya sehingga mereka menjadi satu tubuh. Ikatan inilah yang ditentukan oleh ayat di atas, iaitu dakwah kepada Islam serta amar ma `ruf nahyi munkar, yang sekaligus merupakan idea Islam, yang juga bererti akidah Islam dengan seluruh pemikiran, hukum dan pandangan yang rinci yang digali dari idea tersebut, yang menuntut para pengemban dakwah agar melaksanakan kewajiban ini. Kedua, adanya pemimpin jamaah yang wajib ditaati, dalam perkara yang diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban tersebut. Ini berasaskan kepada hadith Nabi:

Tidak halal bagi tiga orang yang berada di sebidang tanah (di muka bumi), kecuali mereka mesti dipimpin oleh salah seorang di antara mereka.

Jamaah yang diperintahkan menurut syarak untuk mengemban dakwah Islam dan amar ma `ruf nahyi munkar wajib memenuhi dua syarat sekaligus, iaitu: wujud idea Islam dan pemimpin yang wajib ditaati.

Sedangkan dakwah kepada Islam, menuntut dakwah dan berusaha mewujudkan seluruh hukum Islam dalam kehidupan, seperti membunuh orang murtad, merejam orang yang zina muhsan, mengemban dakwah ke seluruh dunia dengan dakwah dan jihad, serta menguruskan seluruh urusan umat dengan Islam, baik dari segi idea mahupun metode, iaitu akidah dan pemecahan yang lahir dari akidah tersebut. Akan tetapi hukum-hukum yang wajib tadi merupakan kewenangan dan tanggungjawab negara, maka mendirikan negara, sebagai wakil dari pihak kuam muslimin, yang dengan kewujudannya seluruh hukum tersebut boleh diterapkan hukumnya awalah wajib berdasarkan kaedah syarak:

Suatu kewajiban tidak akan sempurna kecuali dengan adanya sesuatu, maka adanya sesuatrc itu menjadi wajib pula.

Mendirikan jamaah atau parti hukumnya adalah fardhu kifayah, maka sekiranya kaum muslimin telah mendirikan parti yang memenuhi syarat-syarat syarak, maka gugurlah dosa meninggalkan kewajiban untuk mendirikan parti atau jamaah tersebut daripada pundak mereka, namun dosa meninggalkan usaha untuk mendirikan Khilafah Islam beliim gugur lagi. Sekiranya jamaah atau parti tersebut melakukan dakwah kepada Islam, amar ma ruf nahyi munkar dan tetap dalam keadaan seperti ini, ketika kaum muslimin belum mempunyai negara lagi, begitu pula hukum yang diterapkan bukan hukum yang. diturunkan oleh Allah, juga tidak wujud jihad di jalan Allah untuk mengembang Islam sebagai dakwah ke seluruh dunia, di mana aktiviti jamaah ini ditujukan untuk mendirikan negara Islam, rnengangkat seorang khalifah kaum tnuslilnin, maka berjamaah dengan jamaah semacam ini, atau jamaah dan parti yang boleh membebaskan (kaum muslimin) dari tanggungan tersebut hukumnya tetap wajib bagi seorang muslim sehinggalah negara Khilafah tersebut berjaya ditegakkan. Dan setiap orang mukallaf akan menanggung dosa, sekiranya tidak melakukan kewajiban ini. Begitu pula orang yang cuai terhadap kewajiban ini.

Banyaknya jamaah yang melakukan apa yang dinyatakan oleh nas tersebut hukumnya mubah, dan tidak boleh melarang wujudnya banyak jamaah, sebab sama ertinya dengan melarang melakukan fardhu, sebagaimana dinyatakannya lafaz ummat pada ayat di atas, yang bererti jamaah, yang merupakan bentuk isim jenis (lafaz yang bermakna jenis), dan tidak wujud batasan mahupun sekatan-sekatan dengan hanya satu jamaah. Ini seperti sabda baginda:

Sesiapa sahaja di antara kamu yang menyaksikan kemungkaran .

Yang dimaksudkan (oleh lafaz munkar di atas) adalah semua jenis kemungkaran, bukan satu jenis kemungkaran sahaja. Jamaah atau parti ini tidak memerlukan izin dari pihak penguasa untuk menubuhkannya, malahan sekiranya dalam melaksanakan kewajiban ini kembali kepada izin dari pihak penguasa hukumnya adalah haram. Sebab, melaksanakan fardhu, seperti shalat, haji, mendirikan parti atau jamaah dan berusaha bersama-sama mereka adalah memenuhi perintah Allah SWT. Sedangkan mentaati penguasa untuk meninggalkan fardhu hukumnya adalah maksiat, sebab Rasulullah saw. bersabda:

Tidak wujud apa jua bentuk ketaatan kepada makhluk dalam melakukan maksiat kepada al-Khalik.

Kerana itu, mendirikan jamaah, parti dan gerakan-gerakan Islam dengan asas Islam tidak memerlukan izin dari pihak negara.

Wahai kaum muslimin, kami menyeru kepada kamu untuk bergabung dengan parti yang berasaskan Islam untuk mengembalikan Khilafah yang akan menyatukan kamu untuk mengangkat satu orang, yang kamu baiat agar melaksanakan hukum mengikut Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, supaya memerintah kamu mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah, memimpin kamu dalam medan jihad dan mencari mati syahid, supaya kemuliaanmu dan kehormatanmu kembali seniula kepadamu, juga agar kamu mampu mengemban petunjuk dan cahaya kepada seluruh manusia, dan agar kamu dapat memperolehi redha tuhan kamu.

Sekiranya kamu berpaling (meninggalkan kewajiban itu), maka Dia (Allah) akan gantikan dengan suatu kaum yang selain kamu, kemudian mereka tidak akan seperti kamu. (TMQ. Muhammad: 38)

Wallahua’lam

One Response

  1. Alhamdulillah, kami saat ini menyediakan bendera ar Rayaa (Bendera daulah Islam Iraq pimpinan Abu Umar al Baghdadiy). Berikut spesifikasi bendera tersebut

    berukuran : 75 cm x 100 cm.
    warna : hitam
    tulisan : kalimat tauhid لا إله إلا الله, محمد رسول الله
    kain : mengkilap.
    harga : Rp. 25.000,-
    Barang TERBATAS !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: